RSS

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

Tugasan pertama iaitu Melaksanakan aktiviti prabacaan telah selesai kami bentangkan petang tadi. Melalui hasil pembentangan tadi, kami dapat menyimpulkan semua aspek berkenaan bahan yang kami hasilkan dan dapatan yang kami peroleh sepanjang proses membina bahan bantu mengajar(BBM) ataupun alat bantu mengajar(ABM) ini melalui laporan berikut:


LAPORAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN

1. Tugasan: Melaksanakan aktiviti prabacaan
  • Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
  • Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran
  • Melaksanakan aktiviti tangan dan mata
2. Bagaimana bahan dikaitkan dengan aktiviti:

  • Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
Tajuk Bahan: Kenali Kami (Padankan)

Aktiviti: Murid mencabut satu bongkah bentuk yang berbeza saiz, warna dan bentuk bagi setiap satunya. Kemudian dipadankan dengan ruangan kosong yang sama dengan bentuk yang dicabut.

Keistemewaaan: Murid seronok bermain dengan bongkah bentuk pelbagai warna menarik dan bentuk, serta secara tidak langsung menguji pengamatan penglihatan mereka daripada pelbagai aspek termasuklah saiz, warna dan bentuk.

Tambahan dan pandangan: -Meletakkan tajuk pada bahan


  • Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran

Tajuk Bahan: Siapa Saya?

Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang dimainkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang dimainkan.

Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang dimainkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum belajar untuk membaca.

Tambahan dan pandangan: -menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio.


  • Melaksanakan aktiviti pengamatan tangan dan mata
Tajuk Bahan: Jom Menjahit, Kawanku Heroku.

Aktiviti: Jom menjahit, murid menggunakan benang bagi menyambung kepingan kad gerabak kereta api yang dilubangkan. Setelah selesai menjahit, gerabah tadi akan menjadi sebuah kereta api berbentuk kad yang bersambung-sambung.
Kawanku Heroku, merupakan permainan mencari jalan keluar bagi menyelamatkan rakan bagi setiap watak kartun.

Keistimewaan: Melatih pergerakan tangan murid terhadap apa yang dilihat. Melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis.

Tambahan dan pandangan: -


Selingan....

Sepanjang pemprosesan bahan,


Antara bahan yang dihasilkan. Jom Menjahit!


Kumpulan lain sedang bertungkus-lumus menyediakan bahan masing-masing

0 comments:

Post a Comment