RSS

LAPORAN MELAKSANAKAN AKTIVITI MEMBACA: KAEDAH ABJAD


1.TUGASAN - Bengkel Asas membaca: Kaedah Abjad (Tradisional)

· Menyebut Nama huruf Abjad a hingga z; Huruf Besar dan Huruf Kecil
· Latihan Menyebut Suku kata V dan KV
· Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa
· Latihan Membaca Ayat
· Menggunakan bahan Bantu Belajar yang sesuai

2. Bagaimana bahan dikaitkan dengan aktiviti:

Menyebut Nama huruf Abjad a hingga z; Huruf Besar dan Huruf Kecil

Latihan Menyebut Suku kata V dan KV

Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa

Tajuk Bahan: Permaidani ilmu

Aktiviti: Murid diberikan huruf konsonan setiap seorang dan diarahkan untuk berlegar di kawasan permaidani sepanjang lagu dimainkan oleh guru. Apabila lagu telah berhenti, murid harus memilih vokal yang terdapat di atas permaidani ilmu tersebut.selepas itu murid diminta untuk membina perkataan daripada huruf konsonan dan vokal yang mereka telah dapat.

Keistemewaaan: murid dapat bermain secara berkumpulan dan penglibatan murid adalah menyeluruh


Tambahan dan pandangan: -menggunakan huruf vokal a yang betul, menghias permaidani agar lebih menarik minat murid

Tajuk Bahan: Poket huruf

Aktiviti: Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan di berikan dengan kad-kad huruf yang berbentuk KV dan di minta untuk menggabungkan kad-kad huruf yang telah disediakan. Bagi satu perkataan yang mereka bina diberi masa selama 10 saat dan meminta murid membina seberapa banyak perkataan yang mereka ketahui.


Keistemewaaan: Murid dapat bermain secara berkumpulan dan penglibatan murid adalah menyeluruh. Murid juga akan bekerjasama dengan ahli kumpulan dan bersatu untuk mengalahkan kawan-kawan yang lain. Bahan ini juga sesuai dijadikan permainan bahasa kerana sangat menarik minat murid.


Tambahan dan pandangan: lebih banyakkan kad-kad huruf, memvariasikan huruf abjad seperti besar dan kecil, menghias poket huruf supaya lebih menarik.

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

Tugasan pertama iaitu Melaksanakan aktiviti prabacaan telah selesai kami bentangkan petang tadi. Melalui hasil pembentangan tadi, kami dapat menyimpulkan semua aspek berkenaan bahan yang kami hasilkan dan dapatan yang kami peroleh sepanjang proses membina bahan bantu mengajar(BBM) ataupun alat bantu mengajar(ABM) ini melalui laporan berikut:


LAPORAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN

1. Tugasan: Melaksanakan aktiviti prabacaan
  • Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
  • Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran
  • Melaksanakan aktiviti tangan dan mata
2. Bagaimana bahan dikaitkan dengan aktiviti:

  • Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
Tajuk Bahan: Kenali Kami (Padankan)

Aktiviti: Murid mencabut satu bongkah bentuk yang berbeza saiz, warna dan bentuk bagi setiap satunya. Kemudian dipadankan dengan ruangan kosong yang sama dengan bentuk yang dicabut.

Keistemewaaan: Murid seronok bermain dengan bongkah bentuk pelbagai warna menarik dan bentuk, serta secara tidak langsung menguji pengamatan penglihatan mereka daripada pelbagai aspek termasuklah saiz, warna dan bentuk.

Tambahan dan pandangan: -Meletakkan tajuk pada bahan


  • Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran

Tajuk Bahan: Siapa Saya?

Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang dimainkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang dimainkan.

Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang dimainkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum belajar untuk membaca.

Tambahan dan pandangan: -menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio.


  • Melaksanakan aktiviti pengamatan tangan dan mata
Tajuk Bahan: Jom Menjahit, Kawanku Heroku.

Aktiviti: Jom menjahit, murid menggunakan benang bagi menyambung kepingan kad gerabak kereta api yang dilubangkan. Setelah selesai menjahit, gerabah tadi akan menjadi sebuah kereta api berbentuk kad yang bersambung-sambung.
Kawanku Heroku, merupakan permainan mencari jalan keluar bagi menyelamatkan rakan bagi setiap watak kartun.

Keistimewaan: Melatih pergerakan tangan murid terhadap apa yang dilihat. Melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis.

Tambahan dan pandangan: -


Selingan....

Sepanjang pemprosesan bahan,


Antara bahan yang dihasilkan. Jom Menjahit!


Kumpulan lain sedang bertungkus-lumus menyediakan bahan masing-masing

LANGKAH PERTAMA

Tajuk: Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1. Pengamatan Penglihatan
2. Pengamatan pendengaran
3. Pengamatan Tangan dan Mata

MUKADIMAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kami daripada kumpulan tiga opsyen PISMP Bahasa Melayu Sem (2) 2009, membuka tirai tugasan kami dengan menyatakan tajuk yang telah diberikan kepada kami dan juga ahli-ahli kumpulan yang lain pada interaski pertama bersama pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Mohd Firdaus Bin Abd Salam. Antara tajuk yang diberikan kepada kami termasuklah:

Soalan 1. Melaksanakan aktiviti prabacaan
  • aktiviti pengamatan penglihatan
  • aktiviti pengamatan pendengaran
  • aktiviti pengamatan tangan dan mata
Soalan 3. Bengkel asas membaca: Kaedah Abjad
  • Menyebut Nama huruf Abjad a hingga z : Huruf Besar dan Huruf Kecil
  • Latihan Menyebut Suku kata V dan KV
  • Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa
  • Latihan Membaca Ayat
  • Menggunakan bahan Bantu Belajar yang sesuai

Berikut ialah cetakan daripada arahan pensyarah pembimbing bagi makluman setiap ahli kumpulan tiga:


ASSALAMUALIKUM WBT,
KEPADA SEMUA PELAJAR PISMP BM DAN PENDIDIKAN PEMULIHAN.

SILA MAKLUM BAHAWA ARAHAN TUGASAN AMALI DAN TUGASAN INDVIDU TELAHPUN DIBINCANGKAN DALAM KELAS SEMASA SESI INTERAKSI YANG PERTAMA.

BERIKUT IALAH GARIS PANDUAN TAMBAHAN YANG PERLU DIBACA DAN DIPATUHI OLEH SEMUA PELAJAR.

1. Semua kumpulan iaitu 5 daripada opsyen BM dan 5 daripada opsyen Pend. Pemulihan perlu menbina blog khusus untuk Kursus Literasi Bahasa (WAJ3104).
2. Blog kumpulan hendaklah menjadi mengikut (follower) blog ini yang bertujuan melaporkan perkembangan hasil perbincangan kumpulan sama ada bahan atau pun rujukan dan sebagainya.
3. Blog kumpulan juga wajib memuatkan laporan ringkas, grafik atau gambar yang berkaitan untuk tujuan rekod dan arkib yang boleh dirujuk dari semasa ke semasa.
4. Kumpulan juga boleh mengemukakan persoalan yang berkaitan sekiranya tidak sempat melakukan perbincangan dengan pensyarah.
5. Makluman dari semasa ke semasa akan dimuat naik di blog ini untuk makluman dan tindakan semua, khususnya semasa ketiadaan pensyarah.
6. Para pelajar ini sangat-sangat ditekankan agar menggunakan bahasa yang sopan, betul dan tepat dalam blog masing-masing. Semua maklumat dalam blog dianggap rasmi dalam konteks pembelajaran menggunakan blog ini.


SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.

SELAMAT BERDISKUSI DAN LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN IKHLAS DAN BERINTEGRITI.


Mohd Firdaus b Abd Salam
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPGM Kampus Keningau
Pensyarah Literasi Bahasa WAJ3104
3 Julai 2009